Kenyataan Saya Sebagai Penyedia Perkhidmatan Ambulans

Saya sangat bersyukur atas kesempatan diberikan terutama bantuan kepada anggota polis pada saat ini yang sedang berjuang melawan penyakit kanser. Mereka bukan hanya harus menjaga kesihatan mereka dalam masa yang sama, turut menghadapi keterbatasan kewangan yang membuat mereka berada dalam kesulitan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Saya berpandangan bahawa betapa pentingnya memiliki ambulans setidak-tidaknyanya dua unit di setiap kontingen bagi memberikan dukungan dan kemudahan buat anggota polis yang memerlukan rawatan susulan di hospital.
Pesara polis, khususnya mereka yang menghadapi kondisi kesihatan yang lebih serius, memerlukan perhatian dan bantuan lebih lanjut. Malah terdapat beberapa kes berkaitan, mereka mungkin tidak mampu menaiki ambulan untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar sistem kebajikan di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyediakan bantuan ambulans yang memadai untuk pesara polis yang memerlukan.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mendapatkan perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mendukung kebajikan anggota polis, terutama mereka yang telah memasuki era pencen. Mungkin KDN juga dapat bekerjasama dengan PDRM bagi memastikan bahawa program-program kebajikan dan bantuan kesihatan dapat diakses dengan mudah oleh pesara polis.
Ini juga merupakan harapan dan impian saya di mana mengharapkan kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan anggota yang banyak berjasa dalam menjaga keamanan negara selama ini.
Pada pandangan saya Angkatan Bersenjata Malaysia lebih dikenali kerana memiliki sistem kebajikan yang lebih tersusun dan teratur.
Kuan Chee Heng aka Uncle Kentang.
Hidup PDRM.