Sedihnya Orang Indonesia Pilih Mati Kerana Tiada Duit Berubat

Kisah ini benar-benar menyentuh perasaan saya yang berlaku di Wangsa Maju Seksyen 4, Kuala Lumpur menyaksikan situasi mencemaskan di mana beberapa individu menghadapi dilema antara kekurangan dana dan keperluan rawatan hospital.
Keadaan ini telah mencetuskan tindakan drastik di kalangan mereka apabila memilih untuk tidak pergi ke hospital kerana tidak mempunya wang yang mencukupi.
Namun, berita baiknya apabila satu pasukan perubatan bertindak telah dipanggil untuk memberikan bantuan kepada mereka.
Pasukan perubatan ini, yang juga merupakan inisiatif dari masyarakat, bersumpah untuk tidak meninggalkan sesiapa pun tanpa pertolongan. Mereka telah diarahkan untuk segera menuju ke lokasi kejadian di Wangsa Maju Seksyen 4 untuk memberikan bantuan kepada individu yang memerlukan rawatan segera.
Dalam satu kenyataan, tim Uncle Kentang tersebut menegaskan prinsip kemanusiaan mereka, menyatakan bahawa tidak kira dari latar belakang mana pun, setiap individu adalah manusia dan berhak mendapat pertolongan. Mereka menyuarakan keputusan untuk mengutamakan penghantaran pesakit ke hospital terlebih dahulu demi menyelamatkan nyawa mereka.
Sementara itu, terdapat perbincangan mengenai pemilihan hospital berdasarkan kos deposit. Jelas dinyatakan bahawa jika deposit di hospital tertentu terlalu tinggi, pilihan seterusnya akan diambil untuk menghantar pesakit ke Pusrawi atau Hospital Umrah.
Masyarakat serumpun ini bersedia memberikan sokongan kewangan dan menanggung sebahagian daripada kos rawatan, terutamanya dalam situasi di mana dana tidak mencukupi.
Keadaan kewangan masyarakat tersebut dirumitkan dengan dakwaan fitnah dari pihak tertentu, yang menyebabkan kehilangan kepercayaan dan sumbangan dari sebahagian besar bangsa Melayu. Walau bagaimanapun, mereka menegaskan usaha mereka untuk mencari ikhtiar dan mengajak beberapa individu yang berminat untuk membantu dalam menangani keperluan mendesak ini.
Selain itu, terdapat empat Van Jenazah yang masih dalam tunggakkan untuk diuruskan. Saya turut mengajak syarikat-syarikat yang mungkin berminat untuk memberikan bantuan atau sumbangan, dengan menghubungi nombor yang tertera (018 2683999) bagi menyokong usaha tersebut.
Masyarakat juga dipanggil untuk bersama-sama memberikan sumbangan, terutamanya dari kalangan Muslim yang mungkin berkeinginan untuk menyedekahkan van jenazah.
Sementara mereka menghadapi cabaran kewangan, semangat untuk membantu sesama mereka tetap kukuh, dan berharap agar bantuan akan datang dari pelbagai pihak demi menyelamatkan nyawa dan memberikan penghormatan terakhir kepada yang meninggal dunia.