Seorang Suami Dan Ayah Dengan Hanya RM11

Sesungguh nya pahlawan, perwira atau hero bukan datang macam superman.
Sesungguh nya, ia datang dari naluri kejantanan seorang yang begelar lelaki, suami dan ayah.
‘ Bila aku tanya, berapa kau bawa wang ke KL untuk mengubat isteri yang sakit kanser tahap 3, beliau jawab gentleman, sesungguh nya, aku ketiadaan wang.
Aku lihat dalam bank akaun beliau yang setelah aku masukkan wang, aku terpandang secara kilas, balance dalam akaun bank hanya tinggal RM11.25 sen.
Balance menjadi RM 311.25 setelah aku masukkan RM300 untuk beliau belanja. Aku tak malu tulis post ini.
Kerana beliau ada 3 anak dalam Universiti yang sedang belajar. Aku kata bila 3 anak nanti graduate, nasib hidup dia akan ubah.
Dia tak bekerja, sakit pinggang teruk dan dapat pencen ilat. Dan dengan pencen ilat dia menyara 3 anak di universiti dan ANAK MENTAKAB ini di beri penginapan HOTEL RM1.
Apa yang tertarik saya apabila saya membawa mereka untuk akan di Jalan Alor Kuala Lumpur, saya hanya tersenyum melihat mereka dapat bermalam dengan selesa.
Aku telah buat dan aku berharap ramai lagi NGO akan buat Hotel RM1.
Bila aku KEMBALI NANTI, AKU INGIN MELIHAT LEBIH BANYAK NGO AKAN BERUSAHA MEMBANTU MEREKA YANG DATANG DARI JAUH…. sesungguh nya kita semua akan pulang, ayuh, ayuh, ayuh… kita bina kubur yang subur dan nyaman rumput nya nanti… semoga kita berkekalan menjadi manusia dan arwah yang lebih baik……… hendak nya….