A GREAT MAN WITH KINDNESS IN HIM
KAMI menyingkap memori Indah ketika kita bantu orang susah di Pahang, waktu MCO. Banyak kali DS Jalil bantu dalam kes kes kesusahan dan juga jenayah di mana pengadu meminta bantuan. A true gentleman in kindness and always helpful. Kini jadi pengusaha ladang nenas.
Aku cerita kat dia ada seorang emak mai dari Gua Musang ke Penjara Bentong untuk lawat anak. Dalam poket tinggal RM15 dan tiada penginapan. DS Jalil telah pinta OCPD Bentong untuk bantu dan sediakan hotel dan pengangkutan ke Penjara untuk ibu yang susah ini.
Yang best nya sampai sahaja bas kat Bentong ada polis tahan dan naik dalam bas mencari ibu tersebut. Terkejut ibu tersebut dalam bas, bila ada polis cari dia. Rupa rupa di bawa dengan kereta polis ke hotel untuk penginapan. Saya bergegas ke Bentong jumpa ibu tersebut dan beri bantuan kewangan sedikit. Terima kasih PDRM. Memang terbaik dan kita tidak abaikan mereka yang susah.
Friendship kami tidak tersia sia kerana kita saling bantu yang susah.