Berita

Saya Tidak Tahu Mengapa Tuhan Amat Sayang Saya

SAYA TIDAK TAHU MENGAPA TUHAN AMAT SAYANG SAYA.

Kami singgah di RNR Pagoh on the way balik dari Johor Bahru ke Puchong. Dah agak malam. 10.00 malam dah. I singgah di kedai buah ini. Dan I cari buah potong supaya menyejukkan badan yang panas.

Jumpa lah Tuan kedai. I ambil 3 jenis buah potong. I nak bayar. Dia beritahu aku, dia tak benarkan aku bayar.

Taufik tak silap nama nya. Hati aku macam nak menangis. Peniaga kecil ini berjiwa besar. Dia kata dia follow saya dan lihat saya bantu semua orang. Dia gembira dengan sikap saya tak memileh warna kulit. Saya sangat lemah ketika dia cakap macam itu. Kerana aku tahu, kita ini adalah manusia biasa. Tuhan lah yang membuka hati beliau.

Bukan belanja buah, dia ambil satu ikat longan masuk dalam plastik beg dan berikan kepada saya. Ada dalam 2-3 kilo. Dia pesan, bagi lah anak buah team ambulan Uncle Kentang makan.

Entah bila kita akan jumpa lagi? Dan saya doakan dengan sebaik hati saya, ALLAH, MURAHKAN LAH REZEKI BELIAU, ISTERI DAN ANAK ANAK BELIAU. JAGA LAH MEREKA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Saya tahu doa saya itu dari hati saya. Semoga ia di makbulkan. Terima kasih Taufik. U membuat saya merasa saya bersalah. Kerana banyak lagi perlu saya buat. Tapi apa daya, saya dah berusia.

SEMOGA DOA SAYA DI DENGARI.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button