Berita
Sedekah Awal Pagi, Pembuka Pintu Rezeki

Seawal jam 8 pagi aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) sudah berada di Petron Puchong Utama bagi mengagihkan beberapa bungkus nasi lemak kepada orang ramai di sini, hari ini.
Menurut Uncle Kentang, dengan bersedekah tidak akan memiskinkan kita, namun sebaliknya rezeki semakin bertambah.
“Saya beli nasi lemak ini daripada seorang makcik yang menjual di kawasan berdekatan dengan harapan dia dapat pulang awal dari berniaga.
“Rezeki tersebut saya kongsikan pula bersama pemandu dan pelanggan di stesen minyak Petron kerana kebiasaanya mereka berkejar ke tempat kerja dan tak sempat membeli sarapan,” ujarnya ketika ditemubual.
Rata-rata penerima bergembira dan tersenyum apabila menerima bungkusan nasi lemak daripada Uncle Kentang.