Uncle Kentang

Our Event

Our RM1 house has entered its 9th years.

I stand tall and honored.

Our RM1 house has entered its 9th years. Countless patients and their next of kin benefited from this program.

I remembered when I was 17 years old and I hitch hiked from Batu Pahat to Templer Hospital in Cheras to see my dad who was suffering from cancer.

I was soot black as I sat behind a Bedford lorry. I had no place to clean myself and how I wish I had a place then to bathe.

I realized many patients from outstation will face the predicament as me and my experience taught me to prepare a nice and comfortable place for the patients and their next of kin to rest.

Bravo, we are on our 9th year. I stand tall and I can afford to smile.

SIDANG MEJA BULAT MENOKTAHKAN KEMISKINAN – PERANAN SEKTOR KETIGA

KELANA JAYA, 23 Ogos 2023 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Benevolent Malaysia telah melaksanakan Sidang Meja Bulat (Roundtable Discussion – RTD) bertajuk ‘Menoktahkan Kemiskinan – Peranan Sektor Ketiga’ di Ibu Pejabat YBK.

RTD ini telah menerima penyertaan lebih 40 orang peserta daripada pelbagai agensi, organisasi dan NGO.

Antara organisasi yang hadir adalah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, GISB Holdings Sdn. Bhd. , Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Wilayah Persekutuan, Yayasan Tenaga Nasional dan ramai lagi.

Turut hadir adalah ahli akademik ulung dan pakar rujuk antaranya Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail daripada Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan selaku pembentang utama dan fasilitator, Prof. Emeritus Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus Dr. Mohd Fauzi Jani, dan beberapa tokoh lagi.

Bersama dalam sidang ini juga adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), Tuan Haji Zulhairy Jalaluddin dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Dato’ Nadzim Johan (PPIM), Tuan Hj Nasiruddin Mohd Ali (Pengerusi Eksekutif GISBH), Tuan Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), dan ramai lagi.

Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal telah memberi pencerahan berkenaan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baharu, definisi miskin dan miskin tegar, dan dapatan kajian beliau berkenaan situasi kemiskinan di Malaysia semasa pembentangan beliau.

Sebanyak 11 resolusi yang telah dimurnikan berjaya dihasilkan oleh para peserta dan dimaklumkan dalam sidang media yang berlangsung pada jam 2 petang. Turut dimaklumkan bahawa RTD ini merupakan langkah pertama untuk menuju Konvensyen Menoktah Kemiskinan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa.
YBK dan Benevolent melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para peserta dari pelbagai latar organisasi, agensi dan NGO yang telah meluangkan masa menyumbang idea dalam RTD ini.