Kempen Amal Pasar RM1: Meringankan Beban, Menghargai Usaha

Pasar RM1 hari ini sekali lagi berjaya dianjurkan dengan lancar. Kami menjual barangan terpakai yang dikitar semula kepada golongan berpendapatan rendah dan keluarga B40 dengan harga RM1 sahaja.
Ramai yang sering bertanya, mengapa tidak terus menyumbangkan barangan ini secara percuma? Sebenarnya, konsep kami adalah untuk memberi peluang kepada keluarga yang kurang berkemampuan merasai pengalaman membeli dengan wang mereka sendiri. Daripada hanya bergantung kepada ihsan orang lain, mereka boleh memperoleh barangan ini dengan harga yang mampu milik, sekaligus mengekalkan maruah diri. Apabila sesuatu dibeli dengan usaha sendiri, ia akan lebih dihargai.
Kami ingin mengucapkan penghargaan khas kepada Prasarana kerana membenarkan kami menggunakan lokasi ini.
Terima kasih kepada semua penderma yang telah bermurah hati menyumbangkan barangan terpakai.
Terima kasih juga kepada para sukarelawan yang bertungkus lumus membantu.
Dan tidak dilupakan, kepada semua penyokong setia Pasar RM1 – terima kasih atas sokongan anda!
Jumpa lagi di acara seterusnya! 👋



