Terima Kasih Jururawat Zu – Kerana Tidak Semua Wira Pakai Jubah, Ada Yang Pakai Uniform Putih
Sempena Hari Jururawat. MISI. MENYELAMATKAN SEORANG REMAJA MENGANDUNG YANG MISKIN.
Ini dia seorang insan yang sungguh baik. Semalam saya terima panggilan dari seorang jururawat dari Klinik Kesihatan Sg Besi, Cheras. Beliau bersungguh sungguh memohon bantuan tetapi bukan untuk beliau.
Beliau risau client beliau seorang remaja 18 tahun mengandung tanpa tali pernikahan, di buang oleh boyfriend dan tidak ada kasih sayang mak dan ayah, ayah telah bersekedudukan dengan wanita Indonesia dan mak telah berpisah dengan ayah dan mak pun telah bersekedudukan dengan lelaki baharu.
Maka remaja ini kini tiada ada perlindungan dan mengandung 5 bulan. Tak bekerja. Status makan pun kadang kadang ada dan kadang kadang tak ada.
Jururawat ini sungguh bimbang remaja tersebut. Selalu tak datang TCA. Tak ada duit ke kilinik kesihatan untuk buat follow up. Naik Grab pun tak ada duit nak bayar.
Maka jururawat bernama Zu menalipon saya dan meminta saya bagi bantuan kepada remaja Melayu ini. Saya amat teruja dengan kesungguhan jururawat ini kerana beliau sangat prihatin. Beliau memohon bersungguh sungguh untuk dapatkan kepastian bahawa saya mampu menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari rumah remaja ini ke Klinik Kesihatan setiap 2 minggu sekali.
Ada balance 8 trips pergi balik jadi 16 trips. I kata OK aja lah. Hang dah jadi jururawat sungguh baik maka itu, saya tak boleh menolak lah.
THANK YOU NURSE. YOU MAKE US MALAYSIANS PROUD OF YOU. TAHNIAH KLINIK KESIHATAN SG BESI, KERANA MELAHIRKAN INSAN JURURAWAT TERBAIK.
SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA.




