Berita

“Saya Sayang Uncle” – Tangisan Gadis Melayu Disambut Kasih Seorang Apek Tua

GADIS MELAYU BERKATA KEPADA SAYA, SEORANG APEK TUA CINA.
“SAYA SAYANG UNCLE.”
“SAYA PUN SAYANG AWAK, ZAI. SAYANGILAH MAK KAMU, DAN KAMI AKAN SAYANGI KAMU.”

Tatkala seorang anak gadis diamanahkan oleh Tuhan untuk menjaga ibunya yang tiba-tiba jatuh sakit dan terlantar, tanpa kemampuan untuk menyewa ambulans swasta, dia menangis teresak-esak di hospital.
Saya pun tertanya-tanya. Sebab banyak juga NGO di Kuala Lumpur. Saya amat berharap ada NGO yang boleh menyediakan perkhidmatan ambulans percuma di KL.

Beliau dapat nombor telefon kami daripada jururawat dan doktor di Hospital Ampang yang berhati mulia. Dia hubungi saya, dan saya kata, “Kamu tak perlu bayar.”
Dia menangis, terharu dan teresak-esak sambil berkata, “SAYA SAYANG UNCLE.”

Dalam kesedihan dan kepasrahannya, dia dibantu oleh seorang apek tua.
Inilah peninggalan saya kepada negara Malaysia – dari seorang anak penoreh getah Batu Pahat yang sangat daif, miskin, dan dibuli teruk oleh mandor kebun getah.

Kita lakukan semua ini kerana kita faham peritnya hati seorang gadis Melayu yang tak berduit untuk membawa ibunya pulang dengan ambulans.

Terima kasih, Zai. SAYA PUN SAYANG KAMU. SAYANGILAH MAK, DAN UNCLE AKAN SAYANG KAMU.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button