Jangan Balik Tangan Kosong
JANGAN BALIK TANGAN KOSONG.
Saya berehat di kedai mamak. Dan tiba tiba ada pemuda ini menyapa saya. Beliau kelihatan ceria kerana beliau menceritakan beliau sedang mencari mainan untuk anak berumur 6 tahun.
Beliau kerja shoppee delivery part time.
Beliau mau balik kerana tidak dapat cari mainan yang lebih murah untuk anak beliau. I bertanya berapa kos mainan tersebut. Dia bilang around RM30+ tetapi yang jual di Puchong Utama, semua mahal. Harga mau RM60.
Beliau kata beliau akan tunggu gaji baru boleh beli hadiah tersebut untuk anak dia.
Saya lalu tanya dia. Anak suka ke? Ye anak memang suka. Saya seluk poket dan keluarkan wang RM60.
Dia kata tak payah lah uncle. I kata, bawa balik sebagai hadiah kepada anak. Rezeki anak. Lagi, kamu dah janji dengan anak. Kita jangan balik tangan kosong. Kasi anak happy.
Beliau ambil duit tersebut lalu pergi beli hadiah. Saya terharu. Kerana kita semua ANAK Malaysia. Jika anak kau kecewa, ia bermaksud anak saya kecewa. So, kita sama sama mengembirakan anak kamu.
Ini lah Malaysia. Ini lah masa aku masih hidup dan dapat gembirakan satu ayah dan satu anak.
Aku orang biasa dan orang biasa boleh mengerti kekecewaan ayah tak dapat membeli hadiah untuk anak. Thank you Tuhan kerana membenarkan saya menemui mu ketika mu mencari hadiah untuk anak mu.
I love all.