Berita

Uncle Kentang Berterima Kasih Kepada Menteri Wilayah

Pihak Berkuasa Tempatan iaitu DBKL telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai kawasan bebas berniaga selama enam bulan bermula 15 November ini.

Mereka bagaimanapun perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang akan ditawarkan secara percuma.

Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), berkata beliau menyambut baik usaha kerajaan yang memikirkan masalah rakyat pada ketika ini.

Menurut Uncle Kentang, kini ramai orang terjejas dan hilang pekerjaan namun ramai yang cuba berdikari dengan berniaga sementara.

Uncle Kentang turut tabik dan berterima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan DBKL yang memberikan kelonggaran kepada peniaga kecil berniaga untuk berniaga dengan memberikan lesen niaga sementara selama 6 bulan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button