Sumbangan RM10 Sebulan Anda

SUMBANGAN RM10 SEBULAN ANDA.
Kami menggunakan sumbangan anda juga untuk menyokong program-program belia seperti acara Run Today.
Saya telah bertemu dengan penganjur acara ini dan berbincang tentang isu kesihatan mental di kalangan belia.
Ramai orang mengajar bagaimana untuk menang dan mencapai kejayaan, tetapi tidak ramai yang mengajar bagaimana untuk menghadapi kekalahan. Tidak ramai tahu bagaimana untuk berhadapan dengan kegagalan dan kekecewaan.
Oleh itu, saya meminta pihak penganjur supaya diadakan satu sesi khas untuk berbincang tentang kegagalan — kesakitan, ketakutan, luka emosi dan segala aspek yang berkaitan dengannya.
Kami komited untuk menyokong aktiviti-aktiviti positif, kerana belia hari ini adalah pemimpin Malaysia pada masa depan.
Kita perlu membina ketahanan mental mereka supaya mereka tidak mudah rebah apabila diuji.
Adakah anda bersetuju bahawa kesihatan mental itu penting dalam kehidupan kita?
- Undi 1 untuk Ya
- Undi 2 untuk Tidak
Mari kita bersama-sama menyediakan generasi akan datang dengan kekuatan mental untuk menghadapi segala cabaran, kesukaran, dan kekecewaan.



