Aset Untuk Rakyat, Bukan Untuk Disimpan
ELMINA LAKESIDE WALK
Saya perlu “walk the talk”. Bila kita berjanji kepada Tuhan untuk berkhidmat, maka kita mesti menunaikan janji itu.
Apabila Encik Fauzi meminta saya menyokong acara Elmina Lakeside Walk dengan menyediakan ambulans dan lori pentas, saya terus setuju. Saya mahu orang awam mendapat manfaat daripada apa yang kita ada. Tiada gunanya saya simpan aset tapi tak digunakan.
Sesiapa pun boleh hubungi kami untuk bantuan. Kami ada lori pentas dengan sistem PA. Kami ada bas untuk membawa penumpang. Semua ini saya rancang dari awal dalam perjalanan saya membina lebih banyak senyuman.
Sepanjang perjalanan ini, saya pernah dituduh macam-macam. Tapi saya tetap bangga dan bersyukur — semalam sahaja, saya menghantar pasukan untuk membantu dalam kes-kes perubatan dan beberapa acara.
Saya takkan mampu bantu masyarakat jika saya tak merancang awal untuk memiliki aset-aset yang hari ini begitu berguna kepada orang ramai.
Saya berjalan dengan penuh keyakinan namun tetap merendah diri, dengan niat untuk memudahkan hidup rakyat. Ayuh, kita buat bersama.
Anda akan terkejut dengan keupayaan kita untuk membantu sesama manusia. Sertailah kami sebagai sukarelawan. Kami perlukan 50,000 sukarelawan di seluruh negara.
Bantu kami untuk bantu lebih ramai orang.
Hubungi kami di 018 268 3999.
Uncle Kentang.




