Gadis Vietnam Terkandas

GADIS VIETNAM TERKANDAS.
Seorang wanita Vietnam berusia 24 tahun kini terkandas di Malaysia. Menurut ceritanya kepada saya (dan juga mesej yang saya baca), dia mendakwa telah dirogol dan didera oleh rakan sekerja yang dikenali. Dia tidak pernah membuat laporan polis kerana takut akan dikenakan tindakan atas kesalahan lebih masa tinggal (overstay) di negara ini.
Dia datang ke Malaysia dengan harapan mendapat kerja pejabat, namun menurutnya, ejen yang membawanya ke sini mahu menghantarnya bekerja di kelab malam. Dia menolak, dan akibat itu dia kini terkandas tanpa hala tuju.
Saya menemuinya di Pandan Indah, Kuala Lumpur dan telah memberikan sedikit wang tunai serta menawarkan bantuan untuk membawanya ke imigresen bagi urusan pulang ke Vietnam. Namun sehingga hari ini, dia masih belum yakin dan takut kerana telah lebih 4 bulan tinggal secara haram di sini. Dia risau akan dipenjarakan.
Saya telah nasihatkan dia agar pulang ke Vietnam.
Adakah mana-mana NGO dari Vietnam yang berada di Malaysia yang boleh membantu gadis ini?
Mana-mana NGO atau pihak yang boleh memberikan nasihat, sila hubungi saya di 018 2683999.
Buat masa ini, dia sedang berlindung di sebuah rumah orang tua dan membantu kerja-kerja di sana. Saya tidak bertanyakan alamat rumah itu, tetapi saya ada nombor telefon beliau. Dia juga memaklumkan bahawa dia memiliki Diploma Perakaunan dari Vietnam.
Sila bantu jika anda tahu jalan penyelesaian untuk masalah ini. Hubungi saya di 018 2683999.



