
Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa ke 2, namun Ambulans Community Policing Malaysia (CP) tetap meneruskan bakti kepada pesakit yang memerlukan perkhidmatannya.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari Hospital Tawau, Sabah perlu menjalani pembedahan jantungnya di Hospital Pulau Pinang dengan segera.
Pihak Hospital Tawau telah menghubungi Uncle Kentang bagi mendapatkan perkhidmatan Ambulans untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke Hospital Pulau Pinang.
Dua pilot Ambulans CP diberikan tugasan untuk mengambil dan menghantar pesakit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Hospital Pulau Pinang.
Sepanjang perjalanan ke Hospital Pulau Pinang, pesakit tersebut turut ditemani ibunya serta seorang doktor dan seorang jururawat dari Hospital Tawau.
Ambulans CP tiba bertolak dari KLIA sekitar jam 5.30 petang dan tiba di Hospital Pulau Pinang jam 11.30 malam.




