Berita
Lawat Rumah Tanpa Bekalan Elektrik
Selepas menerima whatsapp daripada seorang suri rumah berkenaan rumahnya yang dipotong bekalan elektrik kerana tunggakan, Uncle Kentang turun meninjau sendiri masalah tersebut.
Uncle Kentang tiba di Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil sekitar jam 10.30 malam dan bertemu dengan keluarga malang itu, di sini.
Setelah meninjau keadaan rumah mereka, Uncle Kentang akan cuba bayar tunggakan tersebut agar bekalan elektrik dapat disambung semula dalam masa terdekat.
Sebelum pulang, sumbangan makanan juga dihulurkan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.




