Mak Nekad Datang Jumpa Saya

MAK NEKAD DATANG JUMPA SAYA.
Anak nak daftar universiti Malaysia Perlis. Nak modal minyak hantar anak. Nak tol lagi.
Ayah kerja tapi cukup belanja famili. So mintak top up sikit belanja perjalanan. Kita hulurkan sedikit bantuan untuk kos perjalanan.
Usaha gigih ayah dan ibu hantar anak keuniversiti harus di puji. Tak give up walau dalam keadaan bukan senang. Ini lah semangat terbaik.
Mak mari mintak bantuan demi anak. Itu satu kerja mulia. Datang jumpa saya bukan mudah. Perlu ada hati yang cekal. Saya bantu atau tidak. Belum tentu lagi. Tapi setelah mendengar usaha ibu tidak mengenepikan cita cita anak menjadi seorang engineer, maka saya luluskan on the spot belanja perjalanan.
Semoga adik berjaya ke menara gading.
Saya juga berterima kasih kepada pihak Universiti yang call saya tengah malam dan memaklumkan saya pihak Universiti ada menyediakan pelbagai bantuan. Malah Naib Chansellor adalah seorang yang berhati mulia dan sentiasa berkebajikan. Dimaklumkan Tuanku Raja Perlis sentiasa prihatin atas kebajikan rakyat dan kesihatan mereka. Pihak Zakat Perlis pula di maklumkan prihatin dan siapsaga membantu mana yang perlu. Aku terharu.
Nanti aku ke Perlis cari buah harum manis. Manis semua pemimpin Perlis. Dapat diskaun nanti ye, buah harum manis.



