Berita

Bantuan Makanan Kali Ke-4 Bantu Lebih 400 Keluarga Asnaf di Puchong

Bantuan berterusan daripada aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi membantu golongan asnaf di Puchong masih dilakukan sehingga ke hari ini.

Lebih 1000 kampit beras telah diterima dan diagihkan kepada lebih 400 keluarga asnaf di 66 Ramai Food Centre, Puchong, semalam.

Penerima bantuan makanan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana mereka dikehendaki mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan urusan edaran dilakukan.

Agihan bermula seawal jam 2 petang itu membabitkan kumpulan pertama dihadiri lebih 100 keluarga terdiri dari masyarakat Cina yang menerima sayur-sayuran, kentang dan ayam untuk persediaan sambutan Tahun Baru Cina.

Seterusnya kumpulan 2 dan 3 terdiri dari masyarakat Melayu, India dan lain-lain menerima bantuan beras yang berakhir sekitar jam 6 petang.

Dalam masa yang sama, 100 kampit beras turut diagihkan kepada kepada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Puchong Jaya oleh Uncle Kentang.

Program agihan ini adalah kali ke-4 dilakukan dan dijangka akan berterusan dari masa ke semasa bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan makanan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button